Harry Styles sudah temui pengganti Taylor Swift?

26 Feb Nampaknya BRIT Awards memberi tuah kepada bekas pasangan kekasih ini apabila mereka dikatakan menemui pengganti baru di acara tersebut yang berlangsung minggu lalu.

Selepas pelantun lagu "I Knew You Were Trouble", Taylor Swift dilaporkan bertukar nombor telefon dengan penyanyi baru, Tom Odell dan kelihatan mesra menghabiskan masa bersama di sebuah bar di London, bekas teman lelakinya pula, Harry Styles dikatakan ingin mengenali model Camilla Brady lebih dekat.

Styles dan Brady telah dilihat bersama di parti selepas BRIT Awards berlangsung di London dan dikatakan ingin bertemu sekali lagi tetapi dengan kehadiran rakan-rakan mereka agar tidak menjadi tumpuan ramai.

Selepas menghabiskan masa di parti tersebut, penyanyi berusia 19 tahun itu telah membawa Brady atau lebih dikenali dengan nama Millie Brady ke studio BBC Radio 1 dimana Styles menjadi pengacara "Breakfast Show" bersama teman rapatnya, Nick Grimshaw.

Walaubagaimanapun satu sumber telah memberitahu akhbar The Sun bawah tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua pada malam tersebut.

"Tiada apa yang berlaku di antara mereka kerana terlalu ramai orang ketika itu. Namun mereka sememangnya bermain cinta.

"Dia menemani Harry dan Nick ke Radio 1 untuk rancangan mereka. Harry turut menunjukkan keadaan sekeliling studio tersebut tetapi selepas itu, Millie terpaksa pergi bekerja.

"Walaupun Millie nampak seperti 'jual mahal', dia telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia akan bertemu Harry lagi," jelas sumber tersebut.

Styles dan Brady dilaporkan sudah merancang untuk bertemu di sebuah kelab dalam masa terdekat ini.

Walaubagaimanapun mereka tidak mahu tampil berdua dan ingin bertemu dalam kelompok yang ramai.